Sabtu, 1 Mac 2008

Konsultasi

Nurul, saya ada satu soalan, konsultasi publik hari Sabtu ini akan diadakan di gereja Katolik. Adakah itu akan menjadi satu masalah?

S, pengarah syarikat bertanya ketika kami bermesyuarat semalam sambil memandang saya dengan penuh konsentrasi.

Oh, tiada masalah.

Jawab saya sambil menggeleng.

Mengapa kau tidak bertanya aku, S? I can't stand those bloody Catholics!

Kata C, si penolong pengarah yang berambut perang dan sungguh Inggeris itu. C, yang berbasikal setiap hari ke pejabat. C, yang lawak jenakanyalah yang membuatkan saya berasa dia adalah arkitipal British humor.

Serentak itu kami ketawa, bukan ketawa sikit-sikit, tapi gelak besar.