Ahad, 25 November 2007

Keinginan

Kadangkala, apabila komputer riba saya bermasalah apabila saya membuat kerja-kerja grafik, seperti menggunakan perisian KedaiGambar atau TukangIlustrasi, saya teringin benar untuk ada sebuah komputer yang berlogo BuahKenaTokak itu.

Ahad, 11 November 2007

Sabun kasi BERSIH

Islam itu kan menuntut keBERSIHan.

Sebagai negara yang kononnya negara Islam, bukankah patut kita amalkannya?

Sabtu, 10 November 2007

Hargailah Perkara-Perkara Kecil Dalam Hidup Anda

Contohnya, dapat mandi air panas setiap pagi.

Pembekal air panas untuk shower di bilik mandi saya bermasalah. Sudah seminggu kepala shower itu hanya mengeluarkan air sejuk.

Di saat-saat suhu kota London berkisar pada 10 darjah celcius, anda tidak akan mahu untuk cuba mandi tanpa air panas. Saya tahu sebab saya sudah cuba Isnin lalu.

Sepanjang minggu ini saya hanya mandi sebanyak 3 kali. Sekali pada Isnin lepas yang saya amat saya kesalkan itu, sekali pada hari Rabu di sekolah. Dan juga petang tadi juga di sekolah. Ya, saya pergi sekolah untuk mandi. Sekolah ada shower, ada air panas.

Saya pergi ke sekolah untuk banyak sebab. Tetapi sebab untuk mandi tak pernah pula ada dalam senarai. Ini kali pertama.

Saya tidak pernah jimat air sehingga ke tahap ini.

Nasib baik heater berfungsi dengan baik. Jika tidak, sejuklah bilik saya sepanjang minggu.

Tuan rumah pula gagal untuk dihubungi. Peti sejuk juga sudah tidak berfungsi. Nasib baik cuaca sejuk. Kesannya tidaklah buruk sangat. Saya pun tiada barang-barang makanan yang perlukan peti sejuk. Semua sudah habis saya kerjakan.

Saya mungkin akan mandi lagi pada hari Isnin di sekolah.

Nasib baiklah cuaca sejuk dan saya tidak berpeluh dengan hebatnya.