Sabtu, 1 Mac 2008

Konsultasi

Nurul, saya ada satu soalan, konsultasi publik hari Sabtu ini akan diadakan di gereja Katolik. Adakah itu akan menjadi satu masalah?

S, pengarah syarikat bertanya ketika kami bermesyuarat semalam sambil memandang saya dengan penuh konsentrasi.

Oh, tiada masalah.

Jawab saya sambil menggeleng.

Mengapa kau tidak bertanya aku, S? I can't stand those bloody Catholics!

Kata C, si penolong pengarah yang berambut perang dan sungguh Inggeris itu. C, yang berbasikal setiap hari ke pejabat. C, yang lawak jenakanyalah yang membuatkan saya berasa dia adalah arkitipal British humor.

Serentak itu kami ketawa, bukan ketawa sikit-sikit, tapi gelak besar.

Isnin, 14 Januari 2008

hujan emas di tempat orang

tapi tadi hujan batu di kota London.

pada permulaannya saya ingatkan ada orang yang membaling batu, hampir sahaja saya terjerit, 'hey who's the bloody moron throwing stones at me?' tapi nasib baik saya tidak menjerit, jika tidak pasti saya malu di Regent's Park tadi.

seronok juga berjalan di taman sambil dihujani batu-batu kecil itu. wanita inggeris yang berpayung itu mesti ingat saya gila apabila kami berselisih dan dia melihat saya mendepa tangan untuk menikmati hujan batu.

Sabtu, 12 Januari 2008

Jika saya bertemu dengan perempuan Muslim dari Malaysia pada suatu hari nanti, saya akan mengahwininya

Kata lelaki di belakang kaunter yang sedang menjahit kain, sambil tersenyum kepada saya.

Saya, perempuan Muslim dari Malaysia, senyum kembali. Ia adalah perkara sopan untuk dilakukan. Lagipun, saya sedang ingin bertanya mengenai iklan pembantu kedai yang ditampal di hadapan kedainya.

'Saya suka orang Muslim dari Malaysia. Mereka jujur. Tidak seperti Muslim-Muslim lain yang anda jumpa di jalanan,' katanya sambil tangannya menunjuk-nunjuk ke luar kedai dalam arah jalanraya.

Saya di Edgware Road, tempat di mana orang Muslim di pusat kota London suka untuk berkumpul. Jalan itu dipenuhi dengan kedai-kedai halal orang Lebanon, dan juga terdapat sedikit kedai Turki, dan perjalanan anda di jalan ini takkan lengkap tanpa terhidu asap manis sheesha dari kedai-kedai kopi jalanan (lebih-lebih lagi selepas larangan merokok). Mawar juga, kedai makan Malaysia yang 'terkenal' itu, terletak di jalan ini. Jalan inilah tempat orang-orang Iraq keluar untuk merayakan kemenangan mereka dalam Piala Asia, dan mereka ini memang berpesta dengan hebatnya. Tapi bahagian Edgware Road ini sudah di penghujung, di mana Maida Vale, sebuah kawasan perumahan akan bermula. Maka terdapat kedai dry cleaning ini (saya tidak rasa terjemahan dry cleaning adalah cucian kering, maka untuk mengelakkan kekeliruan, saya tulis sahaja dry cleaning untuk memudahkan cerita). Dari wajahnya, saya rasa lelaki ini orang Turki.

Saya senyum lagi.

'Manusia adalah manusia. Ada saja orang jujur dan tidak jujur di mana-mana.'

'Ya, tetapi saya suka orang Muslim Malaysia. Mereka lain.'

Saya putus asa.

'Baiklah, terima kasih. Itu adalah baik untuk anda katakan.'

'OK, jadi tinggalkanlah nombor telefon anda. Saya akan berikan kepada pengurus kedai ini. Saya rasa harapan awak cerah sekali,' katanya sambil tersenyum lagi.

'Terima kasih!'

Dan saya pun meninggalkan kedai itu. Setibanya saya di luar, saya terus ketawa terbahak-bahak. Sesudah itu saya menggelengkan kepala dan berjalan menuju ke stesen keretapi bawah tanah.

Dalam hati saya berfikir, 'suka hati kau saja mau kahwin dengan perempuan Muslim dari Malaysia, perempuan itu pun belum tentu lagi mahu mengahwini kau.' - ditambah di sini sahaja, bonus untuk pembaca bahasa Melayu. Bunyi tak sedap dalam Bahasa Penjajah.

Juga terdapat penambahan sesedap rasa yang tidak terdapat dalam blog saya yang berbahasa penjajah itu.

Ini adalah cubaan pertama saya untuk menterjemahkan secara langsung penulisan saya di blog saya yang lagi satu itu, ya, yang dalam Bahasa Penjajah itu. Jika anda rasa saya patut teruskan projek ini, tak perlu tinggalkan komen. Tapi jika anda rasa tidak sanggup melihat pencemaran bahasa seperti ini, sila tinggalkan komen untuk saya berhenti. Jika anda ingin berkenalan dengan lelaki Turki yang sedang mencari isteri Muslim dari Malaysia, boleh tinggalkan komen juga. Untuk rekomen kawan-kawan pun boleh juga, bukan tugas saya untuk menapis.

Akhir kata, bahasa jiwa bangsa.

Repost: Al-kisah

kali pertama diterbitkan: 7 Mac 2006.

berkenaan dengan kisah cinta tiga segi yang tiada segi tiga (kerana saya malas untuk terlibat tapi memang tiada pilihan telah terlibat jugak, kerana saya hot, muahahahahaha!).

ini kisah seorang lelaki yang cinta sejatinya adalah gadis sebelum atau selepas tetapi tidak pernah gadis yang sedang bersama dengannya.

ini kisah seorang gadis yang memburu dengan terburu-buru.

ini kisah seorang gadis yang pernah diburu dan pernah memburu.

ini kisah cinta ibarat telenovela sepanyol yang menjadi ikutan surirumah-surirumah senegara.

ini kisah seorang gadis yang ingin terbang lari bersama angin atau pun tiket murah air-asia.

ini kisah cinta tiga segi yang tiada segi tiga.

ini kisah seorang bekas pencinta agung yang diragut paranoia.


dan jika benak fikiran kau yang sarat dengan kafein itu bertanya,

ada apa dengan cinta?

TANYA MAK KAU!!!!!

(itu pun, kalau mak kau pernah bercinta).

Jumaat, 4 Januari 2008

Repost: Peppermint Mocha

saya akan terbitkan beberapa entri berbahasa melayu (atau pun campuran dengan sedikit bahasa inggeris) dari blog lama saya. oleh kerana saya telah menetapkan bahawa blog ini adalah khusus untuk saya berbahasa melayu, maka saya merasa terpanggil untuk mengumpulkan semua penulisan blog berbahasa melayu saya di sini.

entri ini ditulis pada hari isnin, 13 november 2006, lebih setahun yang lalu. ketika itu saya baru 2 bulan berada di kota london.

bak kata ella, enjois.


terimalah, peppermint mocha.

tepuk tepuk tepuk tepuk.


bayangkan: anda berjalan-jalan dalam suasana yang sejuk nak mampus. tangan rasa nak beku, dan anda slightly vibrate dan tak boleh sketch properly.

bayangkan: anda masuk ke starbucks yang panas, dan setelah melihat senarai minuman yang ada, anda pun memesan peppermint mocha. (2.55 quid for a tall one, jangan convert to malaysian ringgit ye, anggap je it's 2.55 ringgit, ok la tu kan?)

bayangkan: anda menghirup minuman peppermint mocha yang panas itu, dan hirupan yang pertama itu diiringi dengan whipped cream sprinkled with something pink. minuman yang panas itu amat melegakan apabila ia masuk ke dalam tekak anda dan kemudian turun perlahan-lahan ke perut anda. and you can feel the warmth of it travelling through you. rasa peppermint itu pula amat amat menyegarkan. you smack your lips together (yes i did this, cant help it you see). and you take another sip. and another. and another. and another.

and you just ignore the fact that you're sitting next to roger's lloyd's and that foster's gherkin is just a stone's throw from where you are. screw architecture. they can wait.

pesan saya kepada rakan-rakan di luar sana. kalau starbucks di tempat anda ada menghidangkan minuman ini (it's near christmas you see) pergilah cuba, tolonglah. dan kepada kawan-kawan di malaysia, untuk menikmati minuman ini, spend a good time in an absolutely chilly shopping complex dulu, then baru lah make sense anda nak minum sesuatu yang panas begini. jika tidak nanti nampak cam poser. tak best lah kan?

Sabtu, 29 Disember 2007

Hidup Ini Singkat

Jangan buang masa!

Hiduplah dengan sepenuh-penuhnya!

Ahad, 25 November 2007

Keinginan

Kadangkala, apabila komputer riba saya bermasalah apabila saya membuat kerja-kerja grafik, seperti menggunakan perisian KedaiGambar atau TukangIlustrasi, saya teringin benar untuk ada sebuah komputer yang berlogo BuahKenaTokak itu.