saya akan terbitkan beberapa entri berbahasa melayu (atau pun campuran dengan sedikit bahasa inggeris) dari blog lama saya. oleh kerana saya telah menetapkan bahawa blog ini adalah khusus untuk saya berbahasa melayu, maka saya merasa terpanggil untuk mengumpulkan semua penulisan blog berbahasa melayu saya di sini.
entri ini ditulis pada hari isnin, 13 november 2006, lebih setahun yang lalu. ketika itu saya baru 2 bulan berada di kota london.
bak kata ella, enjois.terimalah, peppermint mocha.
tepuk tepuk tepuk tepuk.bayangkan: anda berjalan-jalan dalam suasana yang sejuk nak mampus. tangan rasa nak beku, dan anda slightly vibrate dan tak boleh sketch properly.
bayangkan: anda masuk ke starbucks yang panas, dan setelah melihat senarai minuman yang ada, anda pun memesan peppermint mocha. (2.55 quid for a tall one, jangan convert to malaysian ringgit ye, anggap je it's 2.55 ringgit, ok la tu kan?)
bayangkan: anda menghirup minuman peppermint mocha yang panas itu, dan hirupan yang pertama itu diiringi dengan whipped cream sprinkled with something pink. minuman yang panas itu amat melegakan apabila ia masuk ke dalam tekak anda dan kemudian turun perlahan-lahan ke perut anda. and you can feel the warmth of it travelling through you. rasa peppermint itu pula amat amat menyegarkan. you smack your lips together (yes i did this, cant help it you see). and you take another sip. and another. and another. and another.
and you just ignore the fact that you're sitting next to roger's lloyd's and that foster's gherkin is just a stone's throw from where you are. screw architecture. they can wait.
pesan saya kepada rakan-rakan di luar sana. kalau starbucks di tempat anda ada menghidangkan minuman ini (it's near christmas you see) pergilah cuba, tolonglah. dan kepada kawan-kawan di malaysia, untuk menikmati minuman ini, spend a good time in an absolutely chilly shopping complex dulu, then baru lah make sense anda nak minum sesuatu yang panas begini. jika tidak nanti nampak cam poser. tak best lah kan?