Jumaat, 4 Januari 2008

Repost: Peppermint Mocha

saya akan terbitkan beberapa entri berbahasa melayu (atau pun campuran dengan sedikit bahasa inggeris) dari blog lama saya. oleh kerana saya telah menetapkan bahawa blog ini adalah khusus untuk saya berbahasa melayu, maka saya merasa terpanggil untuk mengumpulkan semua penulisan blog berbahasa melayu saya di sini.

entri ini ditulis pada hari isnin, 13 november 2006, lebih setahun yang lalu. ketika itu saya baru 2 bulan berada di kota london.

bak kata ella, enjois.


terimalah, peppermint mocha.

tepuk tepuk tepuk tepuk.


bayangkan: anda berjalan-jalan dalam suasana yang sejuk nak mampus. tangan rasa nak beku, dan anda slightly vibrate dan tak boleh sketch properly.

bayangkan: anda masuk ke starbucks yang panas, dan setelah melihat senarai minuman yang ada, anda pun memesan peppermint mocha. (2.55 quid for a tall one, jangan convert to malaysian ringgit ye, anggap je it's 2.55 ringgit, ok la tu kan?)

bayangkan: anda menghirup minuman peppermint mocha yang panas itu, dan hirupan yang pertama itu diiringi dengan whipped cream sprinkled with something pink. minuman yang panas itu amat melegakan apabila ia masuk ke dalam tekak anda dan kemudian turun perlahan-lahan ke perut anda. and you can feel the warmth of it travelling through you. rasa peppermint itu pula amat amat menyegarkan. you smack your lips together (yes i did this, cant help it you see). and you take another sip. and another. and another. and another.

and you just ignore the fact that you're sitting next to roger's lloyd's and that foster's gherkin is just a stone's throw from where you are. screw architecture. they can wait.

pesan saya kepada rakan-rakan di luar sana. kalau starbucks di tempat anda ada menghidangkan minuman ini (it's near christmas you see) pergilah cuba, tolonglah. dan kepada kawan-kawan di malaysia, untuk menikmati minuman ini, spend a good time in an absolutely chilly shopping complex dulu, then baru lah make sense anda nak minum sesuatu yang panas begini. jika tidak nanti nampak cam poser. tak best lah kan?

5 ulasan:

fazilah:g berkata...

peppermint mocha itu memang sedap!
Tapi lama-lama muak jugak, bila dah nak habis.kkk!

nurulazreenazlan berkata...

erk ye ke?

aku rasa sedap je, hehe.

fazilah:g berkata...

mungkin sebab aku memang cepat muak bila minum apa jenis mocha pun. =p

Tuan Azmil Abdullah berkata...

Tergelak juga bila baca posting (?) yang sedaya upaya diBahasa Melayukan.

Although there are lots of Starbucks here, I've not even thought of having anything warm from their list of drinks simply because I only go there if there are friends who would like to go there and when I do, it'd be something of the colder type :) But being where you are and the time of year, it's just the opposite.. Ni kena tunggu sampai kat tempat yang boleh subzero or in the vicinity of zeroes baru boleh nak nikmati sepenuhnya!

Banyak lagi ya posting (paparan? tampalan? Hancur la BM aku!!) zaman-zaman dulu? Best juga baca cerita lama.

;)

nashkia berkata...

aku juga obses dengan apa sahaja jenis mocha,

p/s: usaha pengalihan bahasa secara terus itu wajar di puji!!..haha

aku mahu pautan(link) blog kamu dalam paparan (page) aku..aku rasa kamu menarik, maksud aku blog kamu