Rabu, 22 Ogos 2007

Cubaan Pertama

Seperti yang anda lihat dalam ruang komentar dalam catatan (catatan menurut fazilahg dan bukannya kemasukan) di bawah, saya mempunyai masalah untuk menulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu. Saya mendapati bahawa saya memerlukan lebih masa untuk menulis jika dibandingkan dengan Bahasa Penjajah, oops, maksud saya Bahasa Inggeris, kkk*.

Tetapi saya berazam untuk memasukkan sekurang-kurangnya satu catatan sempena sambutan Kemerdekaan pada minggu hadapan. Catatan ini saya harap dapat menyampaikan rasa cinta saya kepada TanahBoleh walaupun ia mungkin sarat dengan kritikan.

Saya perlu kembali menghadap lukisan saya. Selamat malam!


*kkk = ketawa kuat-kuat. Terjemahan dari lol = laugh out loud. Bila difikirkan kembali, ayat yang membuatkan saya menulis kkk itu tiadalah kelakar mana.


4 ulasan:

fazilah:g berkata...

Sangat kelakar kkk! - jangan keliru dengan 'kkk' yang satu lagi pula!

nurulazreenazlan berkata...

err, kkk yang lagi satu tu apa pula?

farizzet berkata...

kkk lagi satu tu ko klux klan. yg pakai jubah putih ngan hood tinggi tajam ada 2 lobang mata. sungguh perkauman. betul?

saudagar gaRAM.. berkata...

laaa...

saya penah dengar lol..
saya juga penah dengar kkk..

tapi..
baru saya tau lol maksudnya

laught out loud..



dan baru saya tau kkk adalah ketawa kuat kuat..



bukan pertubuhan yang sifat perkauman itu..