Rabu, 22 Ogos 2007

Tajuk Blog (rujuk di atas)

Oh, mungkin kerana teruja dengan blog baru saya ini, saya telah mengambil langkah tambahan iaitu mengubah tajuk blog saya supaya ia adalah terjemahan langsung dari blog saya yang berbahasa Inggeris. Mengapa tidak, blog ini bukanlah mengenai Bahasa Melayu (saya tidak sanggup memikul tanggungjawab seberat itu di alam maya ini) tetapi adalah penyataan atau dalam perkataan Inggeris yang diMelayukan, manifestasi diri saya tetapi dalam bahasa ibunda saya.

Sila komen kalau anda ada sebarang cadangan yang akan membuatkan ia kedengaran lebih menarik atau merdu atau kedua-duanya sekali.

Rujuk di atas.

11 ulasan:

farizzet berkata...

tentang saya di tepi? seorang pelajar seni perekabentuk bandar. betul?

fazilah:g berkata...

....(apatah lagi dalam bahasa melayu, lagilah tidak ada kena-mengena langsung-langsung)]

Rasanya tak perlu ada 'langsung-langsung' pun tak apa kan. kkk!

nurulazreenazlan berkata...

tetapi saya rasa saya perlu memberi penekanan, kkk.

buku venturi itu yang dalam bahasa inggeris pun sudah susah untuk dihadam, bayangkan jika ia diterjemah ke bahasa melayu!

kkk!

(oh saya amat menyukai kkk!)

fazilah:g berkata...

Saya sangat suka kkk juga! Tapi, setiap kali pun terbayang 'that kkk'.

nurulazreenazlan berkata...

saya masih tak faham. kkk yang lagi satu tu apa?

fazilah:g berkata...

Ini dia.

http://en.wikipedia.org/wiki/Ku_Klux_Klan

nurulazreenazlan berkata...

the klan ke, maaf saya tidak perasan ada singkatan untuk mereka.

oh tapi jangan difikirkan tentang mereka, jika mereka disatukan dengan bayangan kecelakaan dan ketakutan akibat semangat perkauman yang melampau, nah, di sini, kkk di'kurangkan' ke penggunaan untuk melambangkan gelak ketawa yang terlampau.

lagi sekali, KKK!

Kishie berkata...

mungkin kkk itu boleh ditukar kepada kdk? ketawa dgn kuat? tetapi dalam budaya kita kkk itu mungkin tidak lah penting kerana ia tidak dalam buku sejarah yang dipelajari dalam silubus negara kita. saya harap saudari boleh menulis puisi ataupun syair.

nurulazreenazlan berkata...

oh boleh sudah tentu. atau mungkin gdk untuk gelak dengan kuat?

menulis puisi atau syair? saya akan cuba satu hari nanti.

mungkin saudari kish juga perlu berlatih menulis dalam bahasa melayu, kkk/kdk/gdk!

Joey berkata...

hai...saya sedang bersiar-siar di alam maya...

dan terjumpa laman ini....

sebenarnya saya terjumpa laman anda yang berbahasa inggeris terlebih dahulu...yang akhirnya membawa saya ke sini...

saya datang ke sini sebagai sokongan kepada anda menggunakan bahasa melayu...

walau bagaimanapun, saya ada juga mengunjungi laman blog berbahasa inggeris anda...sekadar membaca dan melawat....

melihat laman blog anda yang cuba berbahasa melayu membuatkan saya teringat kepada seorang lagi kawan bloggers saya yang juga cuba untuk menggunakan bahasa melayu sepenuhnya dalam penulisan blognya

akhir sekali..

saya di sini menghulurkan salam perkenalan kepada anda.....

nurulazreenazlan berkata...

hi joey. selamat datang!